“SMART ENFORCEMENT”: PENGUATKUASAAN BERASASKAN TEKNOLOGI, DATA DAN RISIKAN

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan melalui pendekatan “Smart Enforcement” yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI), analitik data raya (Big Data) dan risikan bagi memastikan tindakan pengesanan, pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih pantas, tepat dan berimpak tinggi.

Pendekatan ini memperkasakan keupayaan AADK dalam menganalisis trend penyalahgunaan dadah, mengenal pasti rangkaian sindiket, menilai tahap risiko serta menyelaras tindakan secara bersepadu melalui Pusat Operasi Bersepadu AADK. Pemanfaatan teknologi turut meningkatkan kecekapan perkongsian maklumat dan penyelarasan operasi bersama agensi penguatkuasaan.

Selaras dengan konsep Whole-of-Government, AADK terus memperkukuh kolaborasi strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta agensi berkaitan bagi memperkukuh keselamatan negara dan membanteras ancaman dadah secara menyeluruh.

Sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2026, AADK komited memperkasa penguatkuasaan berasaskan teknologi, data dan risikan demi merealisasikan aspirasi #DadahTerkawal2030. Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama ke arah membina masyarakat yang selamat, sejahtera dan Malaysia MADANI.

Sumber: Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …