AGONG KURNIA SUMBANGAN RM500,000 KEPADA MANGSA KEBAKARAN KUDAT, SANDAKAN

SUMBANGAN: Sultan Ibrahim berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan untuk mangsa kebakaran di Sabah yang disampaikan oleh Avinderjit (kanan) kepada Hajiji (kiri) di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor merakamkan penghargaan bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengurniakan sumbangan RM500,000 kepada mangsa bencana kebakaran di Kudat dan Sandakan.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor Tan Sri Avinderjit Singh kepada Hajiji sambil disaksikan sendiri oleh Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Sementara itu, Hajiji berkata, sumbangan berkenaan adalah tanda keprihatinan Agong terhadap rakyat Sabah yang terjejas akibat bencana berkenaan.

“Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan dan sokongan yang diberikan, khususnya tragedi kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat serta tragedi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan.

“Kerajaan Negeri Sabah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah akan terus memperkukuh usaha penyelarasan bantuan kebajikan, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa sentiasa terpelihara,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shahminan Sahari; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Walter Kenson; dan Pegawai Daerah Kudat Charles William Dabbi.

Pada 16 April tahun ini, lapan rumah terbakar melibatkan 67 mangsa di Kampung Gumpa, Kudat manakala pada 18 April 2026, sebanyak 1,050 rumah musnah terbakar dan menjejaskan seramai 914 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Bahagia, Sandakan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …