DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Kursus Kesedaran Halal & Home Based Food Siri 2 telah berjaya dilaksanakan pada 22 hingga 23 Jun 2026 bertempat di Dewan Pusat Kegiatan KEMAS (PKM) Paya Keladi.Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai kepentingan pensijilan halal, amalan pengendalian makanan yang bersih dan selamat serta pematuhan standard halal dalam industri makanan berasaskan rumah (home based food).
Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkasakan perniagaan makanan masing-masing serta melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing dan mematuhi piawaian halal.
Sumber : KEMAS Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/KEMASPenangOfficial



