DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Tahniah diucapkan kepada pasukan pelajar Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Balik Pulau (PBU) yang telah berjaya menyertai Latihan Fasa 2 Pasukan PISPA POLYCC Negeri Pulau Pinang serta pertandingan 2nd Polytechnic and Community College Malaysian Civil Defence Annual Camp and Commissioning (2nd POLYCC MaICiDAC 2026) peringkat kebangsaan yang berlangsung di Politeknik Merlimau, Melaka pada 6 Jun 2026.
Penyertaan ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah kemahiran kepimpinan, disiplin, kerja berpasukan serta kecekapan dalam bidang pertahanan awam. Lebih membanggakan, kontinjen Pulau Pinang berjaya membawa pulang beberapa pingat menerusi acara yang dipertandingkan, iaitu Pingat Perak bagi Dapur Medan, serta Pingat Gangsa bagi Civil Defence Skill Challenge – Volunteer Executive dan Civil Defence Skill Challenge – Kawad Usungan.
Sumber : Politeknik Balik Pulau https://www.facebook.com/polibalikpulau



