DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

YB Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat perpisahan daripada delegasi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, yang akan bersara wajib pada 15 Jun 2026, di Tingkat 25, KOMTAR.
Dalam pertemuan tersebut, YB Dato’ Seri Haji Zulkifli merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan YBhg. Dato’ Dr. Fazilah sepanjang menerajui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sejak Februari 2023, khususnya dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat negeri ini.
Delegasi tersebut turut disertai oleh barisan pegawai kanan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Kunjungan berkenaan menjadi simbol penghargaan terhadap khidmat bakti dan kepimpinan YBhg. Dato’ Dr. Fazilah sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Sumber : Pejabat SUK Pulau Pinang https://www.facebook.com/pggov



