DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Telah berlangsung Sukan Warisan Staf PBU 2026 bertempat di hadapan USKK dengan penyertaan seramai 37 orang staf Politeknik Balik Pulau. Program anjuran Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (USKK) ini telah berlangsung dengan penuh semangat, ceria dan meriah melalui pelbagai aktiviti sukan tradisional yang mengimbau kenangan serta menceriakan suasana.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan staf, mewujudkan interaksi yang lebih mesra serta memupuk semangat perpaduan dalam komuniti warga PBU. Di samping itu, program ini turut memberi kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium untuk memperkukuh hubungan sesama warga kerja serta menyemarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan staf Politeknik Balik Pulau.
Sumber : Politeknik Balik Pulau https://www.facebook.com/polibalikpulau



