PENDUDUK KAMPUNG TANGKAP BUAYA 300 KILOGRAM BERHAMPIRAN PANTAI UMS

TANGKAP: Buaya seberat kira-kira 300 kilogram berjaya dibawa ke kawasan darat.

KOTA KINABALU: Lebih 20 penduduk kampung bergabung tenaga menangkap seekor buaya seberat kira-kira 300 kilogram (kg) yang dipercayai sering muncul di kawasan pantai berhampiran Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Reptilia sepanjang hampir 3.7 meter itu ditangkap berhampiran kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas dikesan berada kira-kira 100 meter dari pesisir pantai.

Penduduk kampung menggunakan tiga perahu dan pukat ikan untuk menangkap buaya terbabit, namun dua cubaan awal gagal sebelum mereka berjaya menangkap reptilia itu pada percubaan ketiga.

Difahamkan, buaya berkenaan sering dilihat timbul di kawasan pantai UMS sejak beberapa minggu lalu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk dan pengunjung.

Dengan strategi mengepung menggunakan pukat ikan, penduduk kampung akhirnya berjaya menarik reptilia ganas itu naik ke darat sebelum keadaan dikawal.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.02 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota diketuai Leftenan Muda (PA) Umi Kifli kemudian digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan selain membantu menangkap semula buaya berkenaan menggunakan peralatan khas.

“Pasukan operasi bersama penduduk kampung turut terpaksa memikul buaya itu sejauh kira-kira 500 meter menaiki bukit untuk dibawa keluar dari kawasan pantai.

“Buaya berkenaan kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Unit Sulaman sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …