LELAKI SERANG DUA MANGSA GUNA SABIT, KAPAK DIBURU

SIASAT: Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Polis giat mengesan seorang lelaki dikenali sebagai “Totong” selepas dipercayai menyerang dua lelaki menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Sembulan Lama, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu yang berlaku di kawasan jambatan berhampiran Kampung Sembulan Lama pada 17 Mei lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan berada di lokasi berkenaan untuk membeli minuman sebelum berlaku salah faham dengan suspek.

“Susulan salah faham itu, berlaku pertengkaran sebelum suspek dipercayai pulang ke rumah untuk mengambil senjata tajam dipercayai sabit dan kapak.

“Suspek kemudian kembali semula ke lokasi kejadian lalu menyerang kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, mangsa pertama mengalami kecederaan di bahagian belakang leher dan kaki manakala mangsa kedua cedera di bahagian leher serta lengan.

“Kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan lanjut di hospital berhampiran dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, polis sudah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian selain merakam percakapan pengadu dan beberapa saksi bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kejadian,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …