DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Sesi Kunjungan Hormat pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang. Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik serta mempererat hubungan profesional demi memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti, efisien dan berimpak kepada masyarakat.
Perbincangan yang berlangsung turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan, pertukaran idea serta pengukuhan sinergi antara agensi dan pihak industri bagi mendukung aspirasi perkhidmatan awam yang progresif dan mampan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



