PROGRAM INKLUSIF MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Program Inklusif MADANI: Ekspresi Seni Bertemakan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama telah diadakan pada 28 April 2026 di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Air Putih, Balik Pulau.

Program ini merupakan kolaberasi strategik antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) dan PDK Air Putih dalam usaha mewujudkan komuniti yang inklusif di samping meningkatkan kesejahteraan komuniti selaras dengan Nilai Teras Keselamatan Negara (NTKN) 6: Keadilan Sosial dan NTKN 8: Keselamatan Rakyat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi lawatan di PDK Air Putih, aktiviti mewarna kanak-kanak dan aktiviti mencanting serta mewarna batik dengan mengetengahkan NTKN yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau Pinang.  https://www.facebook.com/MKNPenang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …