EKSPO KEUSAHAWANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Program Ekspo Keusahawanan telah diadakan bertempat di Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang. FAMA Negeri Pulau Pinang dan Universiti Sains Malaysia atas kerjasama strategik dalam menganjurkan program ini yang menjadi platform penting bagi memperkasa sektor agromakanan negara. FAMA sentiasa komited dalam memperkukuh sistem pemasaran hasil pertanian negara.

Seiring dengan perkembangan teknologi digital dan perubahan lanskap pemasaran semasa, FAMA bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan agromakanan, malah turut membuka ruang penglibatan strategik kepada golongan muda, khususnya pelajar universiti, sebagai ejen pemasar digital.

Dalam memperkukuh pemasaran digital hasil pertanian negara, FAMA turut memperkasakan penggunaan platform rasmi AgroBazaar Online (ABO) sebagai saluran e-dagang utama bagi produk usahawan bimbingan FAMA. AgroBazaar Online merupakan inisiatif strategik yang membolehkan produk tempatan dipasarkan secara lebih tersusun, selamat dan berdaya saing di peringkat nasional.

Sumber : FAMA Pulau Pinang  https://www.facebook.com/profile.php?id=100068789607106

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …