DRIVER TETAP ORANG YANG SAMA

Setiap hari lunch sama-sama. Tapi driver tetap orang yang sama. Mula-mula okay, takkan nak berkira sangat pasal kereta, minyak, tol, parking. Tapi bila hari berganti hari, mimggu berganti minggu,orang nampak satu benda. Ada yang duduk saja. Masuk kereta,main telefon. Turun makan,naik semula, balik. Tak pernah sekali pun tanya,”Esok aku bawa ya?” Tak pernah sekali pun offer, “Minyak aku belanja.” Tak pernah sekali pun rasa,”Eh, asyik aku menumpang je.” Menumpang sekali dua,orang faham. Tapi kalau setiap kali keluar dengan geng yang sama dan kita selesa jadi penumpang tetap tanpa pernah tefikir untuk bergilir, itu bukan lagi soal lupa. Itu soal common sense.

Benda macam ini nampak kecil. Tapi benda kecil inilah yang buat orang lama-lama tawar hati. Sebab yang memenatkan bukan semata-mata memandu. Yang memenatkan ialah bila kebaikan kita mula dianggap tugas. Bila effort kita jadi benda biasa. Bila orang lain tak rasa perlu membalas. Lepas itu bila orang mula menjauh,mula dingin, mula malas ajak keluar….. ramai pula hairan. Padahal orang bukan marah sebab minyak sangat pun. Orang tawar hati sebab perangai. Tak susah pun nak nampak kita tahu adab atau tidak.  Kalau hari-hari lunch dengan orang yang sama, biasakan diri untuk offer bergilir. Sebab common sense bukan dinilai masa kita bercakap. Ia terserlah masa kita tahu bila patut membalas.

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …