JOACHIM SERAH BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KG. TIMBUA

PRIHATIN: Mangsa bencana Kg. Timbua Ranau menerima bantuan daripada Joachim.

RANAU: Seramai 12 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Timbua Ranau baru-baru ini menerima bantuan wang tunai berjumlah RM1,000.

Bantuan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam semasa beliau mengadakan lawatan ke kawasan kejadian kebakaran tersebut pada Ahad.

Pada masa sama, Joachim turut menyumbang bakul makanan kepada 11 keluarga terjejas, melibatkan seramai 54 mangsa iaitu 37 orang dewasa dan 17 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Bantuan bakul makanan itu diselaraskan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, diketuai oleh PPM Kundasang, Dounis Sany, dengan kerjasama Ketua Kg. Timbua, pemimpin setempat dan Pemuda PBS Kundasang yang turut berganding bahu memastikan bantuan sampai dengan segera dan teratur.

Menurut Dounis, antara barangan dapur yang disumbangkan termasuk beras, mihun, mi segera, tepung, susu tin, makanan tin, roti minyak masak, dan air bagi membantu keperluan harian mangsa terjejas.

“Terima kasih kepada Joachim atas keprihatinan beliau,” katanya.

Katanya, tindakan pantas itu dilaksanakan atas keprihatinan Joachim yang menegaskan bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, khususnya ketika berdepan situasi kecemasan.

Joachim turut menghargai usaha pelbagai pihak termasuk pemimpin tempatan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang telah menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terlibat.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …