PERSIDANGAN ISLAM ANTARABANGSA PERTAMA

Pada 21 April (Isnin) dalam tahun 1969, Persidangan Islam Antarabangsa Kali Pertama dirasmikan oleh DYMM Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Persidangan selama seminggu ini disertai oleh seramai 100 orang perwakilan daripada 23 buah negara Islam. Turut hadir pada upacara perasmian ini adalah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri; YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri; menteri-menteri kabinet, diplomat-diplomat asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Persidangan tersebut diadakan bagi memupuk semangat perpaduan, mencapai kemajuan dan menghapuskan kejahilan melalui jalan yang diredai Allah. Antara persoalan yang paling hangat dibincangkan dalam persidangan ini adalah mengenai masalah pembebasan Palestin dan penentangan terhadap kezaliman Yahudi. Pada akhir persidangan, beberapa ketetapan dipersetujui, antaranya berkaitan dengan pelajaran, perubatan, kekeluargaan serta penetapan puasa dan hari raya.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …