DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Datuk Bandar Seberang Perai, YBhg. Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid hari ini merasmikan Program Sambutan Hari Bumi 2026: “Our Power, Our Planet” yang berlangsung di Pasar Raya AEON Alma, Bukit Mertajam. Turut hadir bersama barisan Ahli Majlis serta pegawai kanan MBSP.
Sambutan Hari Bumi bukan sekadar acara simbolik, sebaliknya merupakan satu seruan global untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan bersama dalam memelihara alam sekitar. Tema “Our Power, Our Planet” membawa mesej jelas bahawa kuasa untuk melindungi bumi terletak di tangan semua pihak.
Program selama dua hari ini menghimpunkan pelbagai aktiviti dan pameran berteraskan kelestarian, termasuk kempen penggunaan beg guna semula, demonstrasi kitar semula serta pameran produk upcycle yang kreatif dan bernilai tinggi.
Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang https://www.facebook.com/mbsp.pg



