ANUGERAH TRANSFORMASI NIRTUNAI SEKTOR AWAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sekali lagi melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai Naib Johan (Kategori A) dalam Anugerah Transformasi Nirtunai Sektor Awam Negeri Pulau Pinang Tahun 2025.

Anugerah tersebut telah disampaikan sempena Majlis Anugerah Transformasi Nirtunai Sektor Awam Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 yang berlangsung di Fifth Avenue Hotel Penang. Datuk Bandar Seberang Perai, YBhg. Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, telah hadir bagi menerima pengiktirafan tersebut sebagai tanda komitmen berterusan MBSP dalam memperkasa pelaksanaan transaksi nirtunai serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, moden dan mesra rakyat.

Pengiktirafan yang diterima MBSP ini mencerminkan kejayaan berterusan pihak berkuasa tempatan itu dalam memperluas penggunaan pembayaran digital bagi pelbagai urusan perkhidmatan, termasuk bayaran cukai, kompaun, lesen perniagaan dan perkhidmatan lain yang lebih efisien serta mudah diakses oleh rakyat.

 

Sumber ; Majlis Bandaraya Seberang Perai https://www.facebook.com/mbsp.pg

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …