KAMPUNG NYALAS SUDAH BANYAK BERUBAH

Asahan – Kampung Nyalas sudah banyak berubah apabila ditransformasikan dengan pelbagai projek pembangunan bermanfaat untuk rakyat.

Ia termasuklah naik taraf jalan, sistem perparitan dan penambahbaikan capaian internet dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi kelegaan kepada penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Nyalas Norziah Mamat berkata, usaha dan komitmen berterusan ditunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih dikenali sebagai YB Along berjaya meningkatkan kemudahan asas di kampung itu.

Menurutnya, pendekatan mesra rakyat yang dibawa pemimpin berkenaan turut memastikan setiap lapisan masyarakat disantuni dengan baik selari dengan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Banyak perubahan yang dibawa khususnya di Kampung Nyalas jika dulu ramai yang tidak tahu keberadaan kampung ini kini dengan perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan ia semakin mendapat perhatian.

“Hasil daripada setiap aduan dan pemasalahan yang disuarakan oleh penduduk setempat banyak pembaharuan dibawa antaranya projek naik taraf jalan dan sistem perparitan yang memberi keselesaan kepada rakyat.

“Dalam usaha membantu rakyat YB akan cuba sedaya membantu rakyat misalnya untuk naik taraf jalan di Jalan Rancangan Tanah Pinggir meskipun kelulusan hanya bagi jalan kasaran namun ia amat memberi kelegaan serta meningkatkan kualiti rutin harian penduduk,” katanya.

Menurut Norziah, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri itu juga turut membawa perubahan dalam capaian internet di Kampung Nyalas dengan pembinaan menara telekomunikasi di Ayer Repat.

“Dahulu internet di kawasan ini amat perlahan tetapi kini capaian semakin baik dan mengubah kehidupan penduduk apabila jaringan komunikasi lebih baik, termasuk memberi kelegaan kepada pelajar khususnya dalam menyiapkan tugasan dan mereka yang memerlukan sesi pembelajaran secara dalam talian,” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …