ANGULAR CHEILITIS atau nama pendeknya Cheilitis adalah kondisi radang pada bahagian tepi hujung bibir di mana bibir atas dan bibir bawah bertemu. Ia boleh terjadi pada 1 atau 2 sisi bibir serentak. Keradangan ini biasa berlaku apabila air liur yang terkeluar dan terperangkap di bahagian bibir kering dan pecah itu mula mengering. Kesannya, ia akan membawa kulat hadir sekali gus merebak dan membiak di situ.
Selain daripada infeksi kulat, faktor risiko Cheilitis yang lain termasuk terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, penyalahgunaan produk, alahan, makanan, ubatan serta kondisi yang tertentu. Apabila kondisi ini berlaku, bibir kering dan pecah anda mungkin akan menunjukkan simptom seperti yang berikut:
- Pengelupasan
- Pendarahan
- Kekeringan
- Kemerahan
- Kegatalan
- Kebengkakan
- Ulser
- Nanah
Dalam kes yang lebih kronik, bahagian tepi hujung bibir anda yang terjejas akan meradang dengan sangat teruk sekali gus membentuk imej seakan bibir dalam pecah yang jauh lebih lebar berbanding asal.
Kebiasaannya, doktor akan memberi ubatan dan rawatan bagi melawan infeksi kulat. Dalam masa yang sama juga, sila elak daripada faktor-faktor risiko di atas supaya tidak bertambah teruk.
Sumber : Ahmad Farid/ Hello Doctor



