PETI BESI MILIK PERDANA MENTERI PERTAMA DIBUKA

Pada tanggal 2 April dalam tahun 2009, peti besi milik Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mantan Perdana Menteri yang pertama dibuka oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur. Pembukaan peti besi ini meleraikan rahsia isi kandungannya yang tersimpan selama 19 tahun. Peti besi ini mengandungi 46 artifak berharga termasuk cenderamata bersadur emas yang kesemuanya bernilai hampir RM400,000.00, iaitu jam, pen bersalut emas, syiling bergambar wajah Sultan Terengganu dan gunting bersalut emas. Terdapat juga cenderamata berbentuk anak kunci dengan 97.9 peratus kandungan emas bernilai RM3,500.00 yang diterima sempena pembukaan Masjid Ar-Rahmah, Alor Setar, Kedah. Kesemua cenderamata ini diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat dari dalam mahupun luar negara sebagai tanda terima kasih atas kesudian Almarhum Tunku merasmikan sesuatu acara atau melawat premis mereka.

-Kemaskini 2025-

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …