MEDIA SOSIAL LAJU, TAPI MEDIA TRADISIONAL LEBIH DIPERCAYAI

Tahap kepercayaan masyarakat terhadap media tradisional seperti televisyen, radio dan surat khabar masih kekal berada di kedudukan yang tinggi meskipun kebanyakan rakyat memperoleh maklumat awal melalui media sosial.

Kajian ini diperoleh hasil daripada kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati kira-kira 87 hingga 90 peratus rakyat di negara ini yang berusia antara 18 hingga 35 tahun mendapatkan maklumat pertama mengenai maklumat atau berita melalui platform seperti WhatsApp, diikuti TikTok dan Facebook.

Namun, tahap kepercayaan terhadap maklumat daripada platform ini adalah rendah, sekitar 40 hingga 50 peratus sahaja. Berbeza dengan televisyen, radio dan surat khabar, walaupun jarang membaca, dengar dan menonton sesuatu, tahap kepercayaan itu sangat tinggi.

Hasil dapatan berkenaan membuktikan masyarakat hari ini mudah mengakses maklumat melalui telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana sahaja namun masih mempercayai kandungan media arus perdana.

Katanya situsi berkenaan menyebabkan media di negara ini berdepan cabaran yang semakin kompleks untuk menyesuaikan diri dengan perubahan kitaran berita khususnya dalam era penyebaran maklumat pantas. Dalam masa yang sama, fenomena kandungan tular turut menambah tekanan kepada organisasi media dalam memastikan keseimbangan antara kepantasan dan ketepatan maklumat.

Konsep tular ini antara yang paling digeruni media, jika kandungan tular itu positif tidak menjadi masalah namun jika sebaliknya, ia boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat. Justeru pematuhan dan etika kewartawanan  perbezaan nyata kepada organisasi media dalam menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …