BUDI DIESEL: KADAR RM300 SEBULAN KEKAL BULAN APRIL

Kerajaan MADANI mengambil langkah tegas bagi melindungi rakyat dengan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan bagi April 2026.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan bantuan tambahan interim RM100 diteruskan, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan bagi kategori BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi kekal sebanyak RM300.

Bantuan akan disalurkan mulai 8 April ini, memanfaatkan kira-kira 340,000 penerima dengan peruntukan sekitar RM102 juta.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan peka dan prihatin terhadap tekanan yang dihadapi oleh rakyat susulan kenaikan harga bahan api global.

Langkah ini dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan pengguna diesel, khususnya individu serta sektor agri-komoditi, supaya terus menerima sokongan serta melindungi mereka dari terdedah sepenuhnya kepada kenaikan harga bahan api global.

Kementerian Kewangan pada masa sama menegaskan pendekatan bersasar itu dibuat bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sambil mengekalkan disiplin fiskal negara dalam keadaan tekanan global yang berterusan.

Selain langkah interim itu, kerajaan juga sedang mempertimbang langkah-langkah jangka sederhana dan panjang bagi memastikan sistem subsidi kekal mampan, telus dan terus memanfaatkan rakyat.

Malah, kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan pasaran tenaga global dan bersedia mengambil langkah tambahan dengan segera bagi memastikan bekalan kekal stabil dan mencukupi.

 

Sumber: Blog Malaysia Madani & NST

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …