BUAYA TEMBAGA 200KG ‘TUMPAS’ SELEPAS OPERASI HAMPIR 11

TUMPAS: Buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tujuh das tembakan dilakukan.

TAWAU: Seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram berjaya ditangkap selepas operasi hampir 11 jam di kawasan kolam penternakan Asia Aquaculture, Jalan Wakuba, di sini, hari ini.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau, Lt. M (PA) Muhammad Anuar Wong Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Katanya, kehadiran reptilia ganas sepanjang 10 kaki 6 inci itu disedari pelajar praktikal yang menjalankan pemeriksaan di sekitar kolam penternakan udang.

“Seramai dua pegawai dan lima anggota APM dikejarkan ke lokasi sebelum bekerjasama dengan tiga pegawai Jabatan Hidupan Liar yang tiba kemudian.

“Bagi memudahkan operasi, pihak pengurusan kolam mengambil tindakan mengeringkan air kolam yang mengambil masa beberapa jam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, faktor keselamatan awam menjadi keutamaan menyebabkan pihak Jabatan Hidupan Liar terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas menilai risiko di lokasi.

“Sebanyak tujuh das tembakan dilepaskan sebelum buaya berkenaan berjaya dikawal dan ditangkap.

“Operasi turut berdepan cabaran apabila cangkuk penangkap buaya patah akibat kekuatan haiwan itu,” katanya.

Beliau berkata, buaya tembaga berkenaan kemudian diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …