1,000 PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN SABINDO TERIMA INSENTIF E-DOMPET

BANTUAN: Rina (dua kiri) dan Mohd Roli (kiri) menyampaikan insentif RM100 kepada peniaga bazar di Sabindo.

TAWAU: Seramai 1,000 pengunjung Bazar Ramadan Sabindo menerima insentif RM20 setiap seorang menerusi e-dompet Touch ‘n Go, manakala 20 peniaga bazar menerima RM100 seorang dalam usaha merancakkan aktiviti jual beli sepanjang bulan Ramadan.

Inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah itu bertujuan menarik lebih ramai pengunjung berbelanja di bazar berkenaan selain menyokong peniaga kecil tempatan.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Haji Jainal berkata, usaha itu dilaksanakan susulan maklum balas yang diterima daripada peniaga mengenai jumlah pengunjung yang ramai, namun kadar pembelian masih rendah.

Katanya, keadaan itu menyebabkan sebahagian peniaga kurang memperoleh jualan seperti yang diharapkan walaupun bazar dipenuhi pengunjung.

“Kita menerima banyak aduan daripada peniaga di mana jumlah pengunjung ke bazar Ramadan ramai, namun pembeli yang berbelanja tidak ramai.

“Justeru, insentif tanpa tunai ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai pengunjung berbelanja sekali gus memberi manfaat kepada peniaga,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan berkata demikian ketika ditemui pada Program Bazar Ramadan Rahmah My SaveFoodBank di sini semalam.

Dalam pada itu, Rina berharap masyarakat terus memberi kerjasama kepada pihak KPDN dengan menyalurkan aduan rasmi yang lengkap bagi membolehkan tindakan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Kita berharap masyarakat sentiasa aktif memberikan kerjasama kepada KPDN Sabah melalui aduan rasmi yang lengkap supaya pihak kementerian dapat memantau keperluan dan isu di lapangan dengan lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Tawau, Mohd Roli Aliman berkata, pihaknya turut melaksanakan program My SaveFoodBank dengan mengumpul lebihan makanan daripada peniaga bazar Ramadan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

Menurutnya, inisiatif berkenaan bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran makanan, malah membantu individu yang memerlukan.

“Melalui program My SaveFoodBank, kita mengumpul lebihan makanan yang masih selamat dimakan daripada peniaga sebelum diserahkan kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut turut mendapat kerjasama sukarelawan dalam kalangan mahasiswa Kolej Komuniti Tawau yang bertindak sebagai rakan strategik dalam menjayakan inisiatif berkenaan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …