33 PENIAGA BAZAR RAMADAN KUNAK PATUH UNDANG-UNDANG

PERIKSA: Pasukan penguatkuasa ketika menjalankan operasi dan pemeriksaan ke atas bazar Ramadan di Kunak.

KUNAK: Seramai 33 peniaga di Bazar Ramadan Kunak didapati mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan selepas pemeriksaan dilaksanakan menerusi Ops Pantau 2026 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna, semalam.

Operasi berkenaan turut dijalankan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Daerah Kunak bagi memastikan pematuhan undang-undang perdagangan serta peraturan kebersihan makanan sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Cawangan KPDN Semporna, Satunlucy Lamioh @ Lamidah berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas 33 premis dan hasilnya mendapati kesemua peniaga mematuhi undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN.

Katanya, operasi itu bertujuan memastikan peniaga mematuhi peraturan termasuk aspek penandaan harga serta amalan perdagangan yang adil.

“Selain KPDN, pihak KKM turut menjalankan pemeriksaan terhadap 33 premis dan telah mengeluarkan satu kompaun bernilai RM200 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 atas kesalahan ketidakpatuhan aspek kebersihan makanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, menurutya, Majlis Daerah Kunak turut melaksanakan pemeriksaan melibatkan semakan lesen operasi serta kad kesihatan pengendali makanan bagi memastikan semua peniaga mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Operasi pemantauan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang selain melindungi kepentingan pengguna,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan berkaitan perdagangan boleh menyalurkannya melalui saluran rasmi KPDN termasuk WhatsApp di talian 019-279 4317 atau 019-848 8000, portal eAduan KPDN, talian Call Centre 1-800-886 800, emel eaduan@kpdn.gov.my, aplikasi Ez ADU KPDN atau Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6088 atau 03-8882 6245.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

OSTEX EAST 1/26 TINGKAT KEUPAYAAN TEMPUR ARMADA TIMUR

PERKASA: Pelaksanaan latihan itu merupakan persiapan strategik ke arah Eksesais KERISMAS 29/26. KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui …

KUASA PELAKSANAAN 83 PROJEK BALB DISERAH KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH AHMAD ZAHID

Ahmad Zahid mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penyerahan Projek BALB kepada Kerajaan Negeri Sabah di pejabat Kementerian Pembangunan Luar …

26 TONG SISA BAHAN KIMIA DITEMUKAN DALAM KEBUN KELAPA SAWIT

Sebanyak 26 tong berisi sisa bahan kimia ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di FELCRA Air Hitam, Seri Jempol.  Pusat …