UBAT TAMBAH DARAH TAK MENJADI? SEMAK ‘PASANGAN’ MINUMAN ANDA.

Makan ubat tambah darah setiap hari tapi paras HB masih rendah? Mungkin cara pemakanan anda yang salah.  Masalah anemia (kurang darah merah) adalah isu kritikal bagi ibu hamil. Ia meningkatkan risiko tumpah darah semasa bersalin, bayi lahir pramatang, dan berat bayi rendah.

Ramai ibu mengadu sudah makan ubat yang dibekalkan klinik (seperti Zincofer, Iberet, atau Ferrous Fumarate), namun bacaan HB tidak naik. Puncanya sering kali terletak pada kombinasi makanan yang menghalang penyerapan zat besi.  Pantang larang utama semasa mengambil ubat tambah darah:

 

  1. Pantang: Susu dan Produk Tenusu Kalsium adalah ‘musuh’ kepada zat besi. Kalsium akan abersaing untuk diserap oleh usus, menyebabkan zat besi dari ubat anda terbuang begitu sahaja. Jarakkan pengambilan susu dan ubat sekurang-kurangnya 2 jam.
  2. Pantang: Teh, Kopi, dan Koko. Minuman ini mengandungi ‘tannin’ dan ‘phytates’ yang mengikat zat besi. Minum ubat dengan teh tarik adalah kesilapan paling besar. Kesannya, hampir 0% ubat diserap oleh badan.
  3. Pantang: Ubat Gastrik (Antasid) Zat besi memerlukan persekitaran asid di dalam perut untuk diserap dengan baik. Ubat kapur atau antasid akan meneutralkan asid perut, sekaligus mengganggu proses penyerapan.

 

.Cara makan yang betul untuk kesan maksimum:

 

  1. Makan ketika perut kosong (1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan).
  2. Langkah terbaik: Telan ubat bersama air jus buah yang kaya Vitamin C (limau, oren, jambu batu). Vitamin C membantu menukar zat besi kepada bentuk yang lebih mudah diserap oleh tubuh.
  3. Minum air kosong secukupnya. Jangan berhenti makan ubat hanya kerana najis bertukar menjadi hitam. Itu adalah kesan sampingan yang normal dan tanda ubat sedang bekerja.

 

#PublicHealthMalaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …