GASTRIK WAKTU PUASA: TAHAN ATAU BUKA?

Pukul 12 tengah hari, perut mula berbunyi. Tiba-tiba datang rasa pedih mencucuk kat ulu hati, naik sampai ke dada. Muka dah pucat, dahi berpeluh sejuk menahan sakit kat meja ofis.Tapi dalam hati berbisik, “Sikit je lagi nak Maghrib ni, rugi kalau buka. Tahan jelah.”Ini adalah dilema biasa pesakit gastrik di bulan puasa. Ramai yang sanggup seksa diri sebab rasa berdosa kalau berbuka. Tapi tahukah anda, dari sudut perubatan, anda mungkin sedang membiarkan perut anda berlubang? Rasa lapar biasa dan serangan gastrik kronik adalah dua benda berbeza. Waktu anda kena gastrik teruk, asid hidroklorik dalam perut sedang menggelegak dan menghakis dinding perut anda yang kosong tu.  Bila keadaan dah sampai tahap amaran, anda WAJIB berbuka puasa. Jangan paksa diri.  Tolong perhatikan 3 tanda amaran (Lampu Merah) ini. Kalau ada salah satu, terus pergi cari air:

  1. Pedih Tajam Dan Sukar Bernafas Sakit di ulu hati yang sangat tajam macam dihiris pisau, dan asid naik ke dada (GERD) sampai anda rasa sesak nafas atau pedih tekak.
  2. Menggeletar dan hampir pitam. Badan jadi terlalu lemah, tangan menggeletar (tremor), pandangan jadi gelap, dan anda rasa tak boleh nak berdiri seimbang lagi. Ini tanda gula dalam darah dah terlalu rendah (hipoglikemia) bergabung dengan stres gastrik.
  3. Muntah Air Asid, kalau anda mula muntah-muntah mengeluarkan cecair kuning pahit (asid) atau lebih teruk, muntah berwarna gelap macam serbuk kopi (tanda pendarahan ulser), wajib batal puasa serta merta dan terus ke klinik! Agama kita sangat menitikberatkan kesihatan nyawa (Maqasid Syariah). Allah beri kelonggaran untuk pesakit berbuka, kalau puasa tu bawa mudarat. Ganti balik puasa tu bila perut dah sihat lepas raya nanti. Kalau terpaksa berbuka, mula dengan air suam dan kurma atau biskut tawar. Jangan terus makan nasi kandar atau air bergas, terkejut perut tu nanti.

 

#PublicHealthMalaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …