TIPS KESELAMATAN MENAIKI KENDERAAN

Baru-baru ini berlaku satu kemalangan melibatkan motosikal akibat pintu belakang sebuah kereta tiba-tiba terbuka. Motosikal yang datang dari arah belakang melanggar pintu kereta berkenaan, dan penunggangnya jatuh terguling atas jalan raya. Dalam beberapa saat sahaja, satu jalan yang tenang terus jadi huru-hara.

Apa yang paling menakutkan, insiden sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa niat jahat mana-mana pihak. Ia boleh berlaku hanya kerana faktor ‘kecuaian’ kanak-kanak yang belum faham erti bahaya. Tangan kecil itu cuma tarik pemegang, kerana mereka belum tahu beza antara “main” dan “bahaya”. Tetapi di jalan raya, satu tarikan kecil boleh cipta kesan berantai yang besar.

Bila pintu belakang terbuka mengejut, ancaman paling besar adalah kepada penunggang motosikal. Mereka tiada ruang dan tiada masa untuk mengelak. Sekelip mata motosikal boleh hilang keseimbangan. Apabila satu penunggang motosikal terjatuh, kenderaan lain di belakang pula terperangkap untuk berhenti mengejut. Akhirnya jadi pelanggaran berturut-turut bagaikan domino.

Mengambil iktibar dari kejadian seumpama ini, semua pemandu terutama ibu bapa dan penjaga perlu meningkatkan kesedaran bahawa child lock bukanlah pilihan. Ia perlu diterapkan sebagai tabiat keselamatan. Elakkan mentality tidak mengaktifkan butang ini kerana memikirkan perjalanan dekat, atau rasa “anak saya takkan buat”.

Sekiranya anak duduk di belakang, amalkan langkah ini setiap kali sebelum kenderaan bergerak:

  1. Aktifkan child lock untuk dua-dua pintu belakang
  2. Pastikan tali pinggang dipakai betul sepanjang perjalanan
  3. Beritahu anak pintu hanya dibuka bila anda arahkan
  4. Sekiranya berhenti tepi jalan, pastikan turun di sisi yang selamat dan pegang tangan anak terlebih dahulu sebelum tiba ke tempat selamat

Perkongsian ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak melainkan sekadar perkongsian kerana tiada siapa yang sanggup melihat kejadian serupa  berulang kepada keluarga lain.

Kadang-kadang, yang membezakan selamat dengan tragedi cuma satu klik kecil yang kita terlupa.

Sumber : MalaysiaHealthcare

Kategori : Pengurusan Keselamatan Negeri

Bilangan perkataan 287

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …