PROGRAM KAMI PEDULI KASIH RAMADAN SANTUNI MASYARAKAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Sebagai persediaan menyambut 1 Ramadan 1447H yang bakal menjelang pada hari Khamis ini (19 Februari 2026), Ahli Majlis Tuan Haji Muhamad Yusoff Bin Mohamed Noor dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengadakan Program Kami Peduli Kasih Ramadan pagi tadi bertempat di perkarangan lobi Stadium Bandaraya.

Seramai 150 orang penerima yang terdiri daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) dan warga barisan hadapan MBPP yang menjaga kebersihan pulau, Pulau Pinang telah disenaraikan menerima sumbangan bakul makanan keperluan asas. Antara barangan yang disediakan seperti beras, tepung, minyak masak, gula, garam, kicap, sos, dan sebagainya. Dalam majlis yang sama, penderma yang budiman turut menginfakkan sepasang telekung sembahyang baharu kepada kaum ibu.

 

Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …