PROGRAM CUCI-CUCI BANDARAYA DAN PENDIDIKAN AWAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Pasar Barangan Antik, Lorong Kulit dan Stadium Bandaraya merupakan salah satu lokasi tarikan utama para pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke Pulau Pinan. Tarikan ini bukan sahaja dari faktor keunikkannya bahkan tahap kebersihan persekitarannya yang memberikan kenangan manis kepada para pengunjung.

Atas dasar cakna kepada tanggungjawab menjaga kebersihan bukan sahaja terletak dibahu wira-wira baju kuning, Ahli Majlis Tuan Haji Muhamad Yusoff Bin Mohamed Noor telah mengilhamkan penganjuran program Cuci-Cuci Bandaraya dengan penyertaaan warga Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Inisiatif ini bukan sekadar pengumpulan sisa, malah berperanan sebagai platform pendidikan kepada masyarakat untuk mengubah minda terhadap pengurusan sisa. Orang ramai digalakkan memainkan peranan dengan mengasingkan sisa boleh dikitar semula dan membawa ke lokasi-lokasi yang tepat.

 

Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …