PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALANRAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited dalam memastikan pematuhan terhadap keselamatan jalan raya sentiasa dititik beratkan oleh pengguna jalan raya terutama di musim perayaan Tahun Baru Cina. Dengan peningkatan bilangan kenderaan di atas jalan raya, pengguna diminta untuk berwaspada dan berhati-hati di jalan raya.
Advokasi Keselamatan Jalan Raya berfokus kepada:-
✅ Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
✅ Kepentingan melakukan pemeriksaan asas kenderaan
✅ Kepentingan merancang perjalanan
✅ Penggunaan segitiga kecemasan ketika kenderaan mengalami kerosakan dan jarak selamat meletakkan segitiga kecemasan
✅ Perkongsian berkaitan Microsleep dan tips untuk mengatasinya.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …