Memiliki kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia dan menjadi satu-satu pemilik darah jenis Rh null di Malaysia. Itu keistimewaan dan ‘anugerah’ dimiliki seorang wanita dari Terengganu apabila dikenal pasti memiliki jenis darah Rh null atau dikenali The Golden Blood.
“Darah Emas” merupakan kumpulan darah paling jarang dikenalpasti. Darah jenis itu hanya dimiliki oleh seorang dalam enam juta penduduk dan sehinga kini dipercayai hanya 50 individu sahaja yang memilikinya di seluruh dunia. “Darah Emas” berlaku kerana mutasi atau perubahan genetik yang sangat jarang berlaku.
Bagi mereka yang hidup dengan darah ini, pilihan terbaik adalah menderma dan membekukan darah mereka sendiri untuk digunakan sekiranya berlaku pembedahan yang dirancang dan menguruskan perkara seperti anemia (kiraan darah rendah) dengan berhati-hati.
Sumber:
https://www.hmetro.com.my/utama/2026/02/1320273/wanita-miliki-darah-emas
https://health.clevelandclinic.org/golden-blood



