MAIM TAMBAH BAIK BANTUAN UNTUK MUALAF MELAKA

Kesidang – Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menambah baik bantuan untuk mualaf bagi memastikan golongan tersebut menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai Muslim.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, bantuan itu tidak terhad dalam sudut kewangan sahaja, bahkan ia turut merangkumi sokongan material, psikososial dan rohani yang seimbang khususnya menjelang Ramadan serta Syawal.

“Setiap peruntukan disalurkan merupakan amanah yang perlu ditunaikan dengan penuh integriti dan ketelusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal Mualaf Negeri Melaka Tahun 2026 di Kompleks Darul Huda Balai Islam MAIM, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah.

Hadir sama, Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM Mohd Hairulamin Mohd Sis.

Menurut Rahmad peruntukan Zakat Mualaf bagi tahun 2026 adalah berjumlah RM19 juta sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding RM16.5 juta pada tahun lalu.

“Bagi tahun 2026 Kerajaan Negeri turut melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam agihan Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal Mualaf bagi memastikan bantuan disalurkan lebih menyeluruh dan berkesan.

“Penambahbaikan ini termasuk peningkatan bilangan penerima bantuan dewasa, pemberian bantuan kepada kanak-kanak serta penambahan nilai Kit Raya dan Bantuan Syawal,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …