PBT DI NEGERI SEMBILAN DIARAH PANTAU PEMBINAAN RUMAH IBADAT BAHARU – EXCO

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan supaya melakukan pemantauan terhadap pembinaan rumah ibadat baharu serta menghentikan serta-merta pembinaan yang tidak mendapat kelulusan.

Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar, arahan itu bertujuan mengelakkan timbulnya permasalahan pada masa hadapan. Kegagalan mengambil tindakan awal boleh menyebabkan isu terbabit berlarutan sehingga puluhan tahun.

Semestinya isu akan timbul apabila rumah ibadat tersebut dikenakan tindakan penguatkuasaan atau perobohan yang boleh mencetuskan ketegangan. Beliau tidak mahu adanya pertambahan rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan atau didirikan di tempat tidak sepatutnya.

Menurut Arul Kumar, isu pasti timbul apabila tindakan penguatkuasaan atau perobohan dilaksanakan kerana ia boleh mencetuskan ketegangan. Justeru, beliau tidak mahu berlaku pertambahan rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan atau didirikan di lokasi tidak sesuai.

Beliau sendiri seorang Hindu dan juga tidak bersetuju apabila ada pihak membina rumah ibadat sesuka hati di tepi jalan kerana kita perlu menjaga kesucian rumah ibadat dan agama kita. Sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Bukan Islam pada tahun 2018, beliau telah mengarahkan semua PBT supaya segera ambil tindakan terhadap rumah ibadat yang baharu dibina tanpa kelulusan.

Beliau turut mengakui kebanyakan isu rumah ibadat yang timbul melibatkan binaan lama, khususnya di kawasan estet. Ujarnya, apabila berlakunya pembangunan, rumah ibadat tersebut tidak dipindahkan ke tempat lain dan dibiarkan di situ sehingga akhirnya mencetuskan masalah.

Sekiranya rumah ibadat itu dibina di atas tanah yang sesuai dan tidak melibatkan tanah milik individu, mereka boleh memohon kepada kerajaan negeri untuk mewartakannya sebagai tanah rumah ibadat atau dipindahkan ke lokasi lain. Tetapi ada juga yang mereka mohon kita tidak luluskan kerana lokasinya tidak sesuai atau rizab untuk kegunaan lain.

Selain itu, setiap pemaju projek perumahan yang mempunyai kapasiti 10,000 penduduk diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya satu ekar rizab tanah untuk rumah ibadat. Apa yang pasti, kerajaan negeri cuba menyelesaikan isu rumah ibadat secara harmoni bagi mengelakkan timbulnya ketegangan antara kaum. Bagaimanapun beliau memaklumkan tiada rekod jumlah kuil di Negeri Sembilan termasuk yang dikenal pasti dibina tanpa kelulusan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KELAS BAHASA ISYARAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerusi Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti telah berjaya menganjurkan Program Komuniti …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 YBhg. Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah menerima …

JADILAH WIRA PENYELAMAT NYAWA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 Setiap titisan darah yang anda dermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan …