OPERASI GEMPUR TENGGIRI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Sepasukan Unit Operasi JPJ Pulau Pinang telah mengadakan “Ops Gempur Tenggiri” secara statik kerana laluan tersebut merupakan laluan utama dan tumpuan serta kawasan yang menjadi laluan juga untuk warga asing. Operasi yang di adakan sekitar jam 8 malam itu menumpukan pelbagai kenderaan dan semakan juga dibuat pada kenderaan yang melalui sekatan tersebut.
Dalam operasi itu, masih terdapat kenderaan perdagangan seperti lori kecil yang dipandu oleh pemandu yang tidak mempunyai lesen dan pelbagai kesalahan lain. Sekatan itu juga telah menahan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang melakukan kesalahan Tidak Pamer ICP.
Kesalahan yang dikesan semasa sekatan
👉🏻 Tiada Lesen Memandu
👉🏻 Tiada Lesen GDL
👉🏻 Lesen Kenderaan Motor (LKM) Yang Telah Tamat Tempoh
👉🏻 Tiada Perlindungan Insuran
👉🏻 Kesalahan Teknikal
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …