SCAM ALERT: AWAS! PENIPUAN KHIDMAT BADAL HAJI

🕋  Apa itu Badal Haji?

Badal Haji bermaksud seseorang melaksanakan ibadah haji bagi pihak orang lain yang uzur atau telah meninggal dunia. Ia sah jika dilakukan mengikut syarat dan melalui saluran yang betul.

🚨 Namun, wujud pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menawarkan khidmat Badal Haji dengan ciri-ciri mencurigakan seperti:

🔴 Harga terlalu murah berbanding kadar biasa.

🔴 Menjanjikan hadiah atau cenderahati dari tanah suci.

🔴 Menggunakan imej agamawan untuk meraih kepercayaan.

🔴 Testimoni meragukan dengan gambar dan kenyataan palsu.

📌 Ingat! Jangan mudah terpedaya. Sebaiknya buat pengesahan terlebih dahulu dengan pihak Tabung Haji. Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika curiga atau mendapati anda telah ditipu oleh sindiket.

Sumber: Tabung Haji

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …