OPERASI HARIAN & RONDAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang bersama pasukan dari Stesen Penguatkuasa Penaga telah mengadakan sekatan secara statik di dua lokasi iaitu Lorong Motosikal Plaza Tol Sungai Dua dan Lorong Motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.
Sekatan yang dilakukan di dua lokasi yang merupakan laluan utama motosikal untuk menghala ke selatan dan ke Georgetown. Disamping melakukan sekatan dengan tindakan diambil bagi kesalahan yang dikesan, nasihat secara advokasi juga diteruskan kepada penunggang untuk terus peka dengan keselamatan dan undang-undang di jalanraya.
Selain sekatan secara statik dibuat anggota juga membuat rondaan dan semakan secara menahan dan pemantauan bagi kenderaan seperti lori dan bas.
Dalam sekatan secara statik di dua lokasi ini dan juga rondaan telah mengesan beberapa kesalahan yang masih dilakukan oleh penunggang motosikal dan kenderaan perdagangan seperti :-
🔹 Kesalahan yang masih dikesan pada penunggang motosikal
👉🏻 Tiada Lesen Memandu
👉🏻 Lesen Kenderaan Motor (LKM) Yang Telah Tamat Tempoh
👉🏻 Tiada Perlindungan Insuran
👉🏻 Pengubahsuaian Motosikal
👉🏻 Tiada No. Pendaftaran
🔹 Kesalahan yang dikesan semasa rondaan pada kenderaan perdagangan
👉🏻 Membawa Muatan Tidak Laras
👉🏻 Kesalahan Teknikal
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …