Setiap individu mempunyai bau badan yang tersendiri. Kebiasaannya, bau yang datang dari anggota badan bermula daripada peluh.
Perkara ini akan membuatkan orang di sekeliling tidak senang duduk lebih-lebih lagi jika cuaca panas menyebabkan bau badan yang dikeluarkan oleh seseorang lebih ‘menyengat”.
Kebanyakan orang yang memiliki tahi telinga jenis kering tidak mempunyai bau badan berbanding mereka yang mempunyai tahi telinga cair.
Jenis tahi telinga:
A – Kering: Berhabuk, serbuk putih/kelabu, dan tidak melekit.
B – Basah: Likat, berminyak, warna kuning gelap/coklat, dan melekit.
Kumpulan A (Kering) sebenarnya telah memenangi “Loteri Genetik”. Kajian genetik mendapati bahawa tekstur tahi telinga manusia dikawal oleh satu gen bernama ABCC11. Apa yang mengejutkan, gen yang sama ini juga mengawal penghasilan bau badan di bawah lengan (ketiak).
Tubuh kita ada kelenjar peluh dipanggil Apocrine Glands (banyak di ketiak dan alat sulit). Kelenjar inilah yang keluarkan peluh yang disukai bakteria. Bila bakteria memakan peluh ni, barulah terhasil bau “masam” atau B.O (Body Odor).
- Geng Tahi Telinga Kering
Genetik anda menyebabkan kelenjar Apocrine anda kurang aktif. Ketiak anda kurang menghasilkan bahan yang bakteria suka. Jadi, secara semulajadi, badan anda KURANG BERBAU walaupun berpeluh. Ramai orang Asia Timur (Korea, Jepun, China) dan sebahagian orang Melayu ada gen ini. Anda mungkin tak perlu pakai deodorant.
- Geng Tahi Telinga Basah
Genetik anda adalah jenis dominan (biasa pada orang Eropah & Afrika). Kelenjar Apocrine anda sangat aktif. Maka, anda wajib berkawan baik dengan deodoran. Jika lupa pakai sehari, satu pejabat boleh bau kehadiran anda.
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/tahi-telinga-anda-jenis-kering-atau-basah-jawapannya-menentukan-adakah-ketiak-an/1340561141438714/



