LELAKI PECAH MASUK KEDAI DOBI DITAHAN, POLIS RAMPAS SENJATA TAJAM

RAMPAS: Senjata tajam dan dadah jenis syabu disyaki milik suspek yang berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan.

SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai aktif memecah masuk kedai dobi di sekitar daerah ini berjaya ditahan dalam satu serbuan pagi tadi.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi di kawasan Bandar Leila hasil maklumat awam yang diterima polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Sandakan telah digerakkan ke lokasi sebelum berjaya menahan suspek.

Katanya, pemeriksaan semasa tangkapan mendapati polis menemukan senjata tajam serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah pecah masuk.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan wang tunai dan dadah disyaki jenis syabu dalam simpanan suspek.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah masuk kedai dobi di sekitar daerah Sandakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Dalam pada itu, George menegaskan polis akan terus mempergiat usaha membanteras jenayah harta benda bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di daerah ini sentiasa terpelihara.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …