KERAJAAN NEGERI PERKUKUH SISTEM UTILITI DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT

LAWATAN: Joachim (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama rombongan kepimpinan LDP.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited meneruskan usaha memperkukuh sistem utiliti dan kemudahan asas bagi menjamin keselesaan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan bandar dan sekitarnya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, keutamaan itu sejajar dengan agenda pembangunan negeri yang menekankan penyampaian perkhidmatan berkesan kepada rakyat.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan penambahbaikan bekalan utiliti serta penyelenggaraan infrastruktur agar kesejahteraan rakyat dapat terus dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat kepimpinan tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Yong Wui Chung di sini, semalam.

Katanya, pertemuan berkenaan turut menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan berkaitan isu-isu semasa pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur, khususnya melibatkan sistem utiliti dan kemudahan asas di sekitar Kota Kinabalu.

Dr Joachim yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menghargai pandangan dan maklum balas dikemukakan kepimpinan LDP, selaras dengan semangat kerjasama strategik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sementara itu, rombongan LDP turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Joachim untuk menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran parti berkenaan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pertemuan itu berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif, mencerminkan komitmen bersama kepimpinan politik negeri dalam memastikan agenda pembangunan serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus diperkasakan.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …