IMIGRESEN SELAMATKAN AMAH INDONESIA JADI MANGSA EKSPLOITASI MAJIKAN

Pembantu rumah warga Indonesia dipercayai dieksploitasi majikan diselamatkan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen.  Menurut Pengarah Imigresen negeri, Kennith Tan Ai Kiang, operasi dijalankan 1 tengah hari di sebuah kediaman di Taman Kemayan, Seremban 2, di sini.

Pemeriksaan mendapati seorang wanita warga asing berusia 51 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi. Mangsa ditemui bersembunyi dalam sebuah almari pakaian di bilik utama kediaman berkenaan.

Mangsa tidak memiliki sebarang dokumen atau pas perjalanan sah diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Imigresen Senawang bagi tujuan perlindungan, selain membantu siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Seorang majikan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 ATIPSOM 2007, manakala dua individu lain dikenakan notis saman sebagai saksi untuk hadir memberi keterangan di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Seremban.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …