DBKK KELUAR EMPAT KOMPAUN, LEBIH 140 PENJAJA DIPERIKSA DI ANJUNG KINABALU

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memperketat penguatkuasaan terhadap penjaja apabila mengeluarkan empat kompaun dalam operasi yang dijalankan di sekitar kawasan D’Walai Mutiara, D’Walai Mata Biru dan D’Walai Haruman, Anjung Kinabalu, pada Selasa.

Operasi yang dikendalikan Jabatan Pelesenan itu membabitkan kekuatan 10 anggota terdiri daripada Inspektor Pelesenan DBKK serta pegawai Bahagian Pengurusan Pasar.

Dalam operasi berkenaan, lebih 140 penjaja diperiksa bagi memastikan tahap pematuhan terhadap syarat perlesenan yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.

Bahagian Media dan Komunikasi Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK dalam kenyataan media, hari ini, memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati beberapa penjaja gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Antara kesalahan dikesan termasuk tidak mempamerkan lesen, sekali gus membawa kepada pengeluaran empat kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja 3(12),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, selain tindakan pengkompaunan, Notis Pematuhan Peraturan Menjaja turut dikeluarkan kepada peniaga yang didapati melakukan kesalahan lain.

“Antara kesalahan berkenaan termasuk tidak memiliki Kad Pembantu yang sah, dengan peniaga terlibat diberikan tempoh tertentu untuk mengemukakan dokumen berkaitan serta mematuhi syarat perlesenan yang ditetapkan.

“DBKK akan meneruskan pemeriksaan susulan secara khusus ke atas penjaja yang menerima Notis Pematuhan di Anjung Kinabalu, selain operasi berkala di kawasan lain sekitar bandar raya ini bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap peraturan berkuat kuasa,” katanya.

Sehubungan itu, katanya semua penjaja diingatkan agar sentiasa mematuhi syarat dan peraturan perlesenan demi mewujudkan persekitaran bandar raya yang teratur, selamat dan lestari.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …