PRASEKOLAH MULA USIA 5 TAHUN, DARJAH SATU DI USIA 6 TAHUN BERMULA 2027 – PM

KOTA KINABALU: Kerajaan mengumumkan pelaksanaan struktur baharu pendidikan awal kanak-kanak apabila pendidikan prasekolah akan dimulakan pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke darjah satu pada usia enam tahun bermula tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan perubahan bagaimanapun buat masa ini tidak diwajibkan kepada ibu bapa bagi memberi ruang penyesuaian kepada semua pihak, khususnya warga pendidik dan institusi pendidikan.

Menurut beliau, tempoh peralihan itu penting bagi memastikan ekosistem pendidikan negara bersedia sepenuhnya sebelum dasar berkenaan dilaksanakan secara menyeluruh.

“Maknanya mulai tahun depan, (biarpun) kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada ibu bapa yang rasa anak-anaknya belum bersedia, (maka) kita tetapkan masih boleh masuk Tahun Satu (pada usia) tujuh tahun.

“Tetapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang, supaya anak-anak umur lima tahun masuk prasekolah. Prasekolah sekarang ini kita beri tumpuan, seluruh sistem prasekolah itu kita sudah minta Kementerian Pendidikan (KPM) ambil alih dan selaraskan,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya, hari ini.

Yang turut sama hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta beberapa menteri Kabinet lain.

Anwar berkata, persiapan segera perlu dilakukan KPM dalam menerima perubahan kepada sistem baru pendidikan negara.

“Sebab itu saya arah mulai sekarang hal yang diumumkan itu (memerlukan) tindakan cepat dan segera oleh kementerian dan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi untuk pastikan kemudahan asas itu ditambah.

“Kalau tanya unjuran KPM semua 2029, 2030. Jadi saya kata bagus, cuma kerana saya yakin dengan keupayaan kedua-dua kementerian ini, semua kita akan percepatkan. Semua ‘fast track’ kerana negara ini mampu menjadi negara yang berjaya,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …