PROJEK BERORIENTASIKAN RAKYAT PERLU JADI KEUTAMAAN DI MELAKA

Ayer Keroh – Projek-projek berorientasikan rakyat (people-centric) perlu dijadikan keutamaan di negeri ini, tegas Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ujar beliau, setiap projek seumpamanya mesti dipantau dengan teliti dan dilaksanakan mengikut jadual dengan fokus kepada projek ‘The Most Priority Among Priorities’.

“Ini bermakna sumber dan tenaga kerajaan mesti digerakkan secara optimum dengan penekanan kepada prestasi agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sejajar dengan mandat dan prestasi kewangan, sebagai cerminan kekuatan kerajaan.

“Seterusnya, saya mahu semua jabatan, agensi dan GLC mempercepatkan urusan pelaksanaan projek, memperkukuh koordinasi rentas sektor serta memastikan laporan kemajuan diseragam dan dipantau secara berkala.

“Kita perlu menyahut seruan Ketua Setiausaha Negara dalam amanat beliau baru-baru ini yang menyasarkan sekurang-kurangnya 500 projek negara melalui Reformasi Kerenah Birokrasi harus diselesaikan dalam tahun semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 YAB Ketua Menteri bertemakan Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Tambah Ketua Menteri, berpaksikan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035), setiap dasar dan inisiatif yang telah digariskan mesti diterjemahkan kepada tindakan nyata yang cepat, tepat dan berimpak tinggi.

Ujar beliau, berdasarkan status semasa, Melaka telah mencapai 97 peratus kebolehlaksanaan PSMJ 2035, manakala baki tiga peratus akan diteruskan melalui Fasa 2 bermula tahun ini.

“97 peratus ini bukan alasan untuk kita berasa selesa, sebaliknya menjadi peringatan bahawa setiap dasar yang telah digarap mesti memberi hasil sebenar di peringkat pelaksanaan,” katanya lagi.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …