PERUNTUKAN KEBAJIKAN MENINGKAT, TANDA MELAKA SAYANG RAKYAT

Ayer Keroh – Melaka terus menzahirkan sokongan dan keprihatinan terhadap rakyat memerlukan apabila peruntukan kebajikan terus meningkat secara konsisten saban tahun.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia diterjemah menerusi pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 yang bertemakan ‘Pembangunan Terancang, Demi Rakyat, Untuk Rakyat’.

Jelas beliau, sepanjang tahun ini, Kerajaan Negeri menyalur peruntukan RM78.67 juta bagi kebajikan rakyat dan ia jelas meningkat berbanding RM76.96 juta pada 2025 dan RM66.07 juta pada 2024.

“Peningkatan berterusan ini mencerminkan komitmen dan tekad kerajaan negeri yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ‘Melaka Sayang Rakyat’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 YAB Ketua Menteri bertemakan Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ketua Menteri, pada 2026, Kerajaan Negeri mengekalkan inisiatif Bajet Lebihan dengan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM528.8 juta dan unjuran kutipan hasil berjumlah RM528.9 juta.

Jelas beliau, bagi perbelanjaan pembangunan pula, sebanyak RM93 juta telah diluluskan melibatkan 220 projek, di mana Kerajaan Persekutuan turut meluluskan sebanyak 258 projek iaitu 175 projek baharu dan 83 projek sambungan dengan kos keseluruhan berjumlah RM10.7 bilion dan siling peruntukan tahun 2026 berjumlah RM1 bilion.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …