MELAKA UMUM CUTI KHAS 1 RAMADAN UNTUK PENJAWAT AWAM

Ayer Keroh – Semua penjawat awam negeri dan persekutuan di Melaka diberikan cuti khas pada 19 Februari depan iaitu bersempena Awal Ramadan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, cuti khas itu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang banyak memacu pentadbiran Kerajaan Negeri sepanjang tahun lalu.

Menurut beliau, cuti khas itu sekali gus menyaksikan semua penjawat awam bakal menikmati cuti panjang berturut-turut bermula 17 Februari bersempena Tahun Baharu Cina dan disambung pada 20 Februari bersempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

“Saya tahu, ada suami mengadu di komen, katanya, ‘Tok kesian dekat saya, hujung minggu pun isteri kena kerja!’ Saya faham… saya dengar dan saya amat memahami… inilah gambaran sebenar komitmen penjawat awam negeri Melaka, sanggup bertugas siang dan malam, berhujan berpanas, meninggalkan keluarga tercinta demi rakyat Melaka.

“Mudah-mudahan cuti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan menyambut Ramadan bersama keluarga. Semoga dengan cuti Ramadan ini dapat mendekatkan yang jauh, dapat memesrakan yang lama tak dapat bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 YAB Ketua Menteri bertemakan Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam di negeri ini yang telah banyak menjalankan amanah dan tanggungjawab demi rakyat untuk rakyat.

Kata beliau, komitmen semua termasuklah pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat yang turut membantu bumi bersejarah ini melakar pelbagai kejayaan, khususnya dalam sektor pelancongan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …