TERENGGANU BERI PERHATIAN SERIUS TERHADAP ISU KESIHATAN MENTAL REMAJA

Peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Terengganu, khususnya golongan remaja, menjadi perhatian utama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Portfolio Kesihatan Negeri Terengganu yang berlangsung di Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Mesyuarat tersebut meneliti trend kes kesihatan mental yang semakin membimbangkan dan dikaitkan dengan cabaran gaya hidup moden serta perkembangan pesat teknologi digital.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Kesihatan Awam), Dr Mohd Anuar bin Abd Rahman memaklumkan bahawa peningkatan kes berpunca daripada tahap ketahanan mental yang lemah dalam kalangan remaja serta penggunaan media sosial yang tidak terkawal. Antara faktor utama yang dikenal pasti termasuk perasaan kesunyian, gangguan tidur akibat kerisauan berpanjangan dan peningkatan kes cubaan membunuh diri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, meskipun isu kesihatan mental bukanlah perkara baharu, perubahan zaman dan kemajuan teknologi telah mewujudkan cabaran baharu terhadap kesejahteraan mental masyarakat. Kebergantungan tinggi terhadap gajet dan aplikasi digital didapati memberi kesan besar kepada kehidupan harian remaja sehingga mencetuskan tekanan emosi dan gangguan mental.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengambil pendekatan menyeluruh dengan melibatkan pakar kesihatan serta golongan ulama dan asatizah sebagai rakan strategik dalam menangani isu ini. Pendekatan kerohanian berlandaskan ajaran Islam dilihat berkesan dalam merawat dan mencegah masalah kesihatan mental, di samping usaha memperkukuh kerjasama strategik melalui pendidikan dan kaedah perubatan bagi mengelakkan masalah ini daripada menjadi lebih serius.

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …