BAHAYA KOMUNIKASI MINIMALIS, APABILA PERKATAAN RINGKAS MENJADI SALAH FAHAM

Pada era moden ini, komunikasi sering menjadi ringkas dan terus kepada point terutamanya melalui mesej WhatsApp dan media sosial. Namun, jawapan satu perkataan atau mesej monosyllabic boleh menimbulkan salah faham yang tidak disedari. Mentafsir mesej misteri yang hanya satu perkataan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Penerima sering tertanya-tanya maksud sebenar di sebalik “Ya” “Tidak” atau “Baik.”

Jawapan yang ringkas ini juga boleh kelihatan seperti menolak perbualan atau kurang mengambil berat. Jawapan satu perkataan kadang-kadang memberi tanggapan bahawa pengirim tidak peduli atau ingin menamatkan interaksi. Tambahan pula, ia juga boleh menyebabkan penerima mesej merasakan pengirim bersikap dingin dengannya kerana mesej yang terlalu ringkas menunjukkan tiada kesungguhan dalam komunikasi.

Selain itu, jawapan ringkas membawa risiko kepada kecelaruan maksud dan masalah salah faham kepada sebelah pihak. Penerima mungkin mentafsir mesej dengan cara yang salah sehingga menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak dihargai oleh pengirim. Ketika berkomunikasi, nada dan ayat yang jelas sangat penting untuk memastikan mesej yang dikirim difahami dengan tepat.

Oleh itu, walaupun kadang-kadang komunikasi ringkas itu memudahkan, ia juga boleh menimbulkan cabaran tersendiri dalam perhubungan. Memanjangkan ayat dengan sedikit penjelasan, tambahan emoji kartun, atau kata-kata pelengkap boleh membantu menerangkan maksud dan mengelakkan salah faham. Komunikasi bukan sekadar menyampaikan kata tetapi juga menyampaikan niat, perasaan dan menjaga hubungan antara individu.

Kesimpulannya, seseorang itu perlulah lebih peka dan berhati-hati dalam menghantar mesej, sama ada melalui teks, media sosial atau platform digital lain. Ini adalah bagi memastikan mesej tidak disalah tafsir. Komunikasi yang jelas dan terperinci bukan sahaja membantu mesej diterima dengan tepat malah dapat mengurangkan kekeliruan, salah faham dan tanggapan negatif daripada penerima. Justeru itu, hubungan interpersonal dapat dijaga dengan lebih baik apabila mesej disampaikan secara efektif.

Sumber: 13 Jenis ‘Whatsapp Reply’ Yang Menyakitkan Hati!

https://abamkie.wordpress.com/2020/01/06/13-jenis-whatsapp-reply-yang-menyakitkan-hati/

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …