KONDOMINIUM DISERBU, LAPAN PEKERJA PEMBERSIHAN PATI DITAHAN

Kuala Lumpur – Sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Segambut, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur sebelum lapan pekerja pembersihan dan majikan mereka ditahan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, Op Kutip itu dijalankan pada 11 Disember lalu oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Kuala Lumpur hasil risikan dan maklumat sebelum menyerbu kondominium terbabit selepas disyaki mengupah pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurutnya, seramai 15 pegawai terbabit dalam operasi yang menjalankan pemeriksaan terhadap sembilan orang termasuk dua lelaki tempatan.

“Hasil pemeriksaan itu, seramai lapan orang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita warga Indonesia serta seorang lelaki tempatan yang juga majikan mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, majikan terbabit disiasat mengikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 manakala seorang PATI lelaki disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen1959/63 dan selebihnya disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, kesemua warga asing itu dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Sumber : Buletin TV3 / Oleh: Muhaamad Hafis Nawawi

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …