DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT

Ayer Keroh – Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut menjadi platform penting mengeratkan perpaduan rakyat merentas usia dan latar belakang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran edisi kedua pertandingan itu membuktikan permainan tradisi Dam Aji kekal relevan dan terus diterima masyarakat.

“Lebih daripada sekadar pertandingan, Dam Aji hari ini berfungsi sebagai medium perpaduan rakyat yang menyatukan masyarakat.

“Di sinilah otai-otai berkongsi pengalaman dan di sinilah juga generasi muda menimba ilmu serta strategi permainan yang dapat diaplikasikan dengan bijak dalam kehidupan sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka Peringkat Tahun 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Pada tahun ini pertandingan Dam Aji dipertandingkan dalam dua kategori iaitu Piala Ketua Menteri Peringkat Negeri Melaka 2025 yang menghimpunkan peserta daripada 28 Dewan Undangan Negeri (DUN), serta Piala Ketua Menteri Kategori Terbuka.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM76.29 JUTA MANFAATKAN 508,631 MURID DI SABAH TAHUN INI

BANTUAN: James menyempurnakan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini. KOTA KINABALU: …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …

KERJASAMA, KESEPAKATAN ASAS KEHARMONIAN SABAH

RASMI: Joachim bersama tetamu kehormat lain bersama-sama menyempurnakan majlis itu. TELUPID: Kerajaan negeri akan terus komited menyokong penganjuran dan sambutan …