KERJASAMA DENGAN PEMAIN INDUSTRI UNTUK JAYAKAN WAWASAN SABAH FIRST

ALBUM: Ewon (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kepimpinan FSI semasa di majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerjasama strategik dengan pemain industri antara asas utama dalam menjayakan wawasan Sabah First.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ewon Benedick berkata, dasar Sabah First itu akan menjadi asas dalam membangunkan tiga ekosistem utama iaitu pelaburan, perniagaan dan keusahawanan selain memperkukuh standard serta kualiti produk dan perhidmatan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan itu berkata, Persekutuan Industri Sabah (FSI) yang menghimpunkan lebih 200 syarikat daripada pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, bahan binaan, minyak dan gas, logistik, perabot dan tekstil, telah terbukti menjadi tulang belakang penting kepada komuniti industri Sabah sejak empat dekad lalu.

“Saya gembira dapat memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama membangunkan potensi Sabah sesuai dengan wawasan Sabah First yang saya mahu jayakan di kementerian ini.

“Hubungan dan kerjasama baik dengan pemegang taruh, terutamanya pemain industri seperti FSI, merupakan asas kepada kejayaan wawasan Sabah First,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-42 dan upacara angkat sumpah pimpinan baharu FSI, di sini, semalam.

Ewon berkata, bermula Januari 2026, kementeriannya akan mengadakan siri libat urus bersama FSI dan pertubuhan industri lain bagi membincangkan ekosistem pelaburan, perniagaan dan keusahawanan, sekali gus memperkukuh rangka kerja sokongan untuk usaha perindustrian negeri.

Dalam masa sama katanya, pada Disember ini beliau memberi tumpuan terhadap kunjungan rasmi ke jabatan, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan di bawah portfolionya sebelum memasuki fasa libat urus bersama pemain industri.

Ewon turut menegaskan bahawa portfolio pengangkutan yang kini disatukan dalam kementeriannya adalah langkah strategik bagi memperkukuh konektiviti negeri melalui jaringan jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan sistem multimodal untuk menyokong pertumbuhan industri dan kelancaran logistik.

Mengenai majlis itu, beliau merakamkan penghargaan kepada FSI atas komitmen berterusan menyokong pertumbuhan industri Sabah, selain menggalakkan pemain industri terus meningkatkan keupayaan merebut peluang dalam landskap pelaburan yang semakin berkembang.

“Saya mengajak semua pemain industri dalam kunjungan meja ke meja malam ini untuk sama-sama membangunkan Sabah First, Sabah yang lebih baik. Saya amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan wawasan ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu FSI dan berharap kerjasama erat kerajaan dan industri akan terus diperkukuh demi masa depan ekonomi negeri yang lebih berdaya saing.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …